Selangor terus menjadi negeri terawal dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan pada pasaran semasa negeri – antaranya kelak akan melaksanakan projek rintis penggunaan lori sampah elektrikk (EV) mulai Julai ini.
Pelaksanaan antara KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Horwing Technology itu akan menilai keupayaan lori sampah EV bagi tempoh operasi selama 8 hingga 10 jam sehari dalam aliran proses kutipan sisa di Selangor. Keupayaan ini akan disemak berdasarkan ketahanannya pada penjimatan masa dan kos logistik kumpulan.
Biarpun tidak memberi perincian lanjut akan lokasi yang percubaan, difahamkan dua unit lori sampah EV akan dikendalikan kumpulan untuk tempoh pengujiaan ini. Secara menyeluruh, projek rintis ini dijangka berlangsung antara 6 bulan sehingga 1 tahun sebelum diperluaskan pada pasaran negeri.