Dalam usaha mengukuhkan ekosistem modal teroka, kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) kini mengumumkan kelulusan insentif cukai baharu pada segmen tersebut. Pengumuman ketika sidang Jelawang Capital ini sekaligus merangsang pertumbuhan pelaburan pada syarikat startup tempatan.
Antara insentif yang digariskan akan adalah entiti yang layak dan melabur sekurangnya 20% pada syarikat startup tempatan boleh meraih faedah kadar cukai konsesi 5% untuk tempoh sehingga 10 tahun. Selain itu, syarikat mengurusan modal teroka dan ekuiti persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula dimaklumkan layak menikmati kadar cukai 10% tertakluk pada terma yang ditentukan.
Selanjutnya, insentif ini turut diperluas kepada strutur Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) tempatan yang bertujuan meningkatkan lagi asas pelabur di samping mengukuhkan modal sedia ada untuk startup terlibat.
Maka dengan penambahbaikan insentif ini, ia tidak sekadar mengukuhkan arena modal teroka tetapi turut merangsang penyertaan pelaburan swasta dalam kepelbagaian sektor ekonomi yang pada akhirnya dijangka dapat memberi nilai tambah kepada pertumbuhan Malaysia secara berperingkat.