Setelah meraih kesepakatan bersama di peringkat dasar iaitu di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 pada November 2023 lalu – pada 11 Jun lalu, Malaysia kini telah melaksanakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) iaitu dokumen perancangan induk dalam memacu hala tuju pembangunan fizikal KL untuk tempoh 15 tahun mendatang.

Pelan ini akan menjadi langkah rombakan besar buat Malaysia dalam membangunkan semula ibu negara KL dengan penekanan utama berteraskan manusiawi dan relevan mengikut keperluan semasa masyarakat ketika ini.
Ini bermakna selain pewujudan ibu negara yang memiliki bandar pintar dan lebih lestari – kerajaan Malaysia turut ingin mengutamakan bandar yang memiliki pembangunan yang mesra-pengguna dan inklusif kepada penduduk Malaysia.
Berdasarkan perancangan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antaranya akan mengfokuskan kepada penyediaan insentif kemudahan buat penduduk ibu negara – meliputi zon transit stesen LRT dan MRT.
Seiring dengan penyediaan zon transit ini, kerajaan juga ini mewujudkan rangkaian pengangkutan yang luas, di mana tidak sekadar terhad pada suatu kawasan semata. Sasaran ini antaranya menyediakan akses perkhidmatan dari satu tempat ke tempat yang lain pada jarak berjalan kaki kurang 400m. Dengan keutamaan ini dijangka 70% penduduk ibu negara akan menggunakan pengangkutan awam menjelang 2040.