Artikel

Syarikat Yang Bayar Dividen Kini Wajib Keluarkan Baucar Dividen, Untuk Proses Percukaian – LHDN

Seperti yang umum ketahui bermula Tahun Taksiran 2025, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mula mengenakan cukai berkadar 2% ke atas syarikat, individu yang miliki pendapatan dividen lebihi RM100,000 di pasaran Malaysia. Tindakan ini sebagaimana yang dicapai pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu dalam usaha negara perkasakan sistem percukaian Malaysia.

Dengan pengenalan cukai tersebut mulai tahun hadapan ini, semua syarikat yang membayar, mengkreditkan atau mengagihkan dividen yang diperolehi dari Malaysia adalah diwajibkan untuk mengeluarkan perakuan mahupun baucar dividen kepada pemegang saham terlibat. 

Keperluan ini jelas LHDN adalah selaras dengan Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 bagi tujuan menyatakan amaun kasar dividen serta amaun yang dibayar atau dikreditka kepada pemegang saham. Menerusi penerbitan baucar dividen itu, segala bentuk bayaran menerusi hartanah, nilai pasaran perlulah dipaparkan pada baucar dividen tersebut. 

Maka untuk ketahui format baucar dividen dan perakuan ini, syarikat yang terlibat boleh merujuk pada portal LHDN dan merujuk pada bahagian borang di bawah segmen Format Baucar Dividen. Adanya pematuhan format ini sekaligus akan membantu menepati keperluan percukaian semasa.

Ini contoh format baucar dividen berdasarkan notis LHDN: