Artikel

Peneraju KL Foodie Kini Tinjau Laksana IPO Di Bursa Malaysia

Peneraju KL Foodie, Pinn Yang kini dimaklumkan dalam pertimbangan meneroka peluang untuk tindakan penyenaraian awam melibatkan syarikat induknya Foodie Media Berhad di Pasaran Ace Bursa Malaysia.

Berdasarkan langkah prospektus yang diterbitkan menerusi tindakan penyenaraian awam ini Foodie Media memiliki perancangan untuk menambah 5 lagi jenama di bawah pengendalian syarikat tersebut dalam tempoh 1 tahun. Penambahan 5 jenama ini akan melibatkan segmen kecantikan, fesyen, barangan premium dan kesihatan.

Setakat ini, Foodie Media telahpun miliki 34 jenama di bawah operasinya dengan rekod 44.2 juta pengikut dari pelbagai medium media sosial. Berdasarkan prestasi itu, Foodie Media turut menjelaskan saluran utama pendapatan mereka adalah melibatkan pemasaran pempengaruh, penerbitan digital, pengiklanan, kerjasama rakan industri dan pengurusan pemasaran.

Lebih menarik, kumpulan ini turut memaklumkan sekiranya langkah penyenaraian awam berhasil – pihaknya bercadang meningkatkan pelaburan pada penyelesaian perisian bersama sokongan AI bagi meningkatkan kecekapan syarikat.

Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi melibatkan butiran pihak tertentu berkenaan tawaran saham kepada pihak berkaitan