Seramai 200,000 individu disasarkan untuk bebas daripada status bankrap di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Matlamat tersebut dilihat hampir direalisasikan berikutan ketika ini sekitar 186,000 individu telahpun dilepaskan daripada status tersebut.
Sasaran ini menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said secara langsung akan membantu kumpulan pengguna terlibat untuk merangka semula kehidupan mereka setelah memikul status tersebut dalam tempoh tertentu.
Seperti yang umum ketahui, negara telahpun meluaskan Dasar Peluang Kedua pada tahun 2024. Di mana insiatif ini membolehkan golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang miliki status hutang bawah RM200,000 dibebaskan daripada status tersebut.
Secara menyeluruh isu bankrap ini mengikut data insolvensi mendapati ramai pihak mengambil pinjaman peribadi untuk menampung tekanan kos semasa mereka. Kegagalan pengurusan wang baik secara langsung telah menyebabkan kumpulan ini terjerumus dalam status muflis.