Artikel

MEF Sokong Pelarian, Pemohon Suaka Diberi Peluang Bekerja Secara Sah – Di Malaysia

Pasaran ekonomi Malaysia dilihat sewajarnya membuka peluang sektor formal kepada kumpulan pencari suaka dan pelarian. Cadangan ini menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) akan membantu pasaran semasa menangani isu kekangan tenaga kerja terutamanya pada arena kritikal.

Bersama pertimbangan itu, MEF melihat peluang ini tidak sekadar memberi manfaat kepada pelarian di negara bahkan turut memberi penjimatan kos kepada majikan dari aspek pengambilan bakat asing di pasaran semasa.

Antara sektor kritikal yang wajar diberi tumpuan melibatkan sektor pertanian, perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Perluasan peluang ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pasaran negara di samping menjadi antara negara yang memberi medium sah kepada kumpulan tersebut.

Secara menyeluruh, setakat tahun lalu seramai 191,832 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Berdasarkan jumlah ini kebanyakkan dari Myanmar, Pakistan, Yaman, Afghanistan dan Somalia.