Artikel

MAVCOM Akan Diserap Ke Dalam CAAM – Mulai 1 Ogos Ini

Setelah melalui beberapa rundingan diperingkat pentadbiran – bermula 1 Ogos 2025 ini Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubarkan dan peranannya diserap ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Penyatuan dua agensi ini menurut sidang Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini telah mencapai keputusan menyeluruh dari semua pihak.

Melalui rombakan ini, ia akan perlihatkan CAAM satu-satunya tampuk badan dibentuk untuk mengawalselia industri penerbangan di Malaysia. Dengan langkah itu tiada lagi keperluan berhubung perolehan kelulusan berasingan daripada dua agensi berbeza.

Malah pembaharuan ini turut akan mengurangkan isu birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bersama semua pihak termasuklah pengguna. Seperti yang umum ketahui, pada langkah penyatuan itu, semua kakitangan yang terlibat akan diserap ke CAAM dan melalui penjawatan baharu.