Artikel

Sistem KWSP Akan Tergendala Seketika – Pada 26 Dan 27 Jun Ini

Majikan dan para pencarum kini dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang gangguan melibatkan urusan transaksi sistem i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perihal itu susulan berlakunya aktiviti penyelenggaraan yang akan menyebabkan sistem KWSP tergendala buat seketika bermula 10 Malam pada 26 Jun ini sehingga jam 4 petang pada 27 Jun 2025. 

Tindakan ini adalah sebahagian langkah KWSP untuk menaiktaraf kecekapan sistem atas talian KWSP bagi jangka masa panjang. Maka dalam tempoh itu, penggunaan khidmat KWSP secara atas talian tidak akan tersedia.

Oleh itu, dinasihatkan semua majikan dan pencarum untuk merancang lebih awal sekiranya memiliki sebarang urusan melibatkan transaksi KWSP. Dengan usaha ini, ia akan membantu melancarkan urusan pengguna dari sebarang kesulitan berlaku.

KWSP secara menyeluruh memberi jaminan segala proses transaksi dan pemohonan yang tertangguha akan dijalankan semula setelah tindakan naiktaraf selesai pada 27 Jun tersebut.