Artikel

Hanya 36% Rakyat Malaysia Dijangka Miliki Simpanan Pencen Mencukupi 

Sekitar sehingga 36% rakyat Malaysia sahaja didapati memiliki simpanan pencen yang mencukupi untuk menanggung kehidupan mereka setelah bersara kelak. Data yang dikongsikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah ini secara jelas menunjukkan kapasiti simpanan persaraan kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap kritikal.

Situasi ini menurutnya pada wawancara Agenda AWANI ia memerlukan tindakan perluasan kesedaran yang lebih agresif berikutan Malaysia tidak lama lagi akan memikul status negara tua menjelang 2043. Maka ke arah status tersebut, sewajar semua rakyat negara memiliki simpanan yang mencukupi untuk melindungi kesejahteraan mereka.

Antara galakkan yang harus diutamakan adalah meningkatkan simpanan pencen melalui tabiat caruman sendiri. Langkah itu sekaligus memberi nilai tambah kepada skim persaraan semasa berbanding sekadar bergantung kepada potongan caruman majikan semata.

Tidak hanya itu, galakkan simpanan yang lebih tinggi harus dilaksanakan kepada kumpulan pekerja ekonomi informal seperti penglibatan pekerja gig. Kumpulan ini sewajarnya diberika  insetif yang bersesuaian bagi membantu mereka meraih paras simpanan pencen yang lebih baik.