Artikel

Semua Jabatan Kerajaan Diarah Henti Guna Bahan Makanan Import Dalam Acara Rasmi

Selari dengan tindakan negara yang akan meluaskan pengenaan cukai perkhidmatan dan jualan (SST) ke atas barangan import pada 1 Julai hadapan – Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk henti menggunakan barangan import khususnya makanan dalam acara rasmi. Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan penggunaan produk tempatan seperti bahan dan buah tempatan.

Teguran ini dizahirkan ketika sidang bulanan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini dengan mengambilkira pendekatan yang diambil dari negara jiran seperti Loas, Vietnam dan Thailand yang sering mengutamakan penyediaan bahan tempatan pada acara rasmi kerajaan mereka.

Dengan amalan tersebut ia tidak sekadar memacu pertumbuhan ekonomi tempatan tetapi turut membuka ruang yang lebih besar buat pengeluar produk tempatan seperti kumpulan petani untuk mempromosikan produk mereka pada acara rasmi kerajaan.