Artikel

Kerajaan Pertimbang Benarkan Guna Akaun 2 KWSP Bayar Insurans Kesihatan

Kerajaan negara menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang pertimbang benarkan rakyat menggunakan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka membayar premium bulanan insurans kesihatan. 

Pertimbangan ini didasari susulan 32% kos jumlah penjagaan kesihatan di Malaysia didapati dibayar sendiri oleh pesakit yang tidak dilindungi sebarang insurans kesihatan. Jika akses ini berjaya dimuktamadkan, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 16 juta pencarum KWSP untuk meraih rawatan hospital swasta tanpa bebanan kos luaran.

Namun KKM pada laporan bersama Buletin TV3 ini menjelaskan, pertimbangan skim tersebut adalah berbentuk pilihan bukan tindakan diwajibkan sebagaimana yang dilaksanakan negara luar.

Melihat pada usaha ini, dijangka potensi berupaya direalisasikan berikutan ketika ini KWSP turut menawarkan produk perlindungan iaitu i-Lindung melibatkan keilatan atau penyakit kritikal hayat. Dengan penawaran perlindungan perubatan rawatan hospital yang sedang diteliti KKM ini – ia dilihat mampu melengkapkan sokongan perlindungan kepada rakyat Malaysia bersama medium KWSP.

KKM menegaskan hanya 1% sahaja digunakan untuk pembayaran insurans tersebut di bawah skim persaraan KWSP. Maka perihal ini tidak akan membebankan rakyat negara di samping membantu pengurusan kos semasa mereka.