Arena pelancongan Malaysia kini memaparkan peningkatan pada prestasi pelancongan domestik. Untuk 3 bulan pertama tahun ini memperlihatkan sejumlah RM29.4 bilion dibelanjakan rakyat Malaysia pada tindakan melancong di pasaran tempatan. Buat pengetahuan jumlah perbelanjaan ini meningkat 22.1% secara tahunan.
Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini turut menjelaskan lebih ramai dan tahap kekerapan rakyat negara melawat dan melancong di dalam negara adalah semakin meningkat. Mengikut Survei Pelancongan Domestik Malaysia Suku Pertama 2025 ini – jumlah pelawat domestik telah meningkatkan sekitar 69.7 juta sementara pelancong domestik pula melibatkan 25.2 juta individu.
Berdasarkan taburan negeri, Selangor menjadi lokasi yang paling kerap dikunjungi oleh rakyat negara dengan menarik 34.5 juta pelawat domestik, diikuti KL (27 juta individu), Perak (21.8 juta individu). Dan mendorong kepada peningkatan itu dilihat tahap perkhidmatan domestik yang lebih baik telah diraih pelawat domestik negara. Yang sekaligus membawa kepada peningkatan perbelanjaan di penginapan hotel serta hab membeli-belah.
