Artikel

Johor, Grab Bincang Kemas Kini Perjanjian Rentas Sempadan – Tingkat Akses Perjalanan Antara Singapura

Pada usaha melancarkan pergerakan pelancong dan penduduk negeri Johor dan Singapura, kini dimaklumkan suatu sesi perbincangan sedang dilaksanakan antara Johor bersama penyedia seru-pandu Grab – bagi mengemaskini Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan.

Menurut notis Menteri Besar Johor, Datuk OnnHafiz Ghazi perbincangan itu menjadi antara agenda utama yang ingin direalisasikan Johor dalam perkukuhkan sektor pelancongan dan pengangkutan negeri menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Ini bermakna bersama kemudahan khidmat pengangkutan Grab, dijangka usaha ini akan melancarkan lagi pengalaman pelancong di Johor dan selanjutnya meningkatkan kemasukan pelancong dari Singapura.

Berdasarkan rundingan itu, terdapat cadangan untuk mewujudkan satu platform gabungan digital dan fizikal di destinasi pelancongan terpilih di Johor. Inisiatif tersebut dijangka dapat membantu kumpulan pelancong untuk lebih memahami sektor pelancongan negeri dan meraih maklumat perjalanan dengan lebih baik.

Lebih menarik selain Grab, pentadbiran Johor turut memberi gambaran akan perluasan akses khidmatan pengangkutan ini turut akan dilaksana bersama penyedia pengangkutan lain.