Bagi menggandakan lagi manfaat disebalik penyimpanan wang bersama perbankan – MBSB Bank kini melancarkan inisiatif baharu WorksForMe, yang bertindak selaku penyelesaian pengurusan gaji buat kumpulan pekerja di Malaysia.
Di bawah inisiatif ini, semua pekerja yang mengkreditkan gaji mereka ke akaun MBSB Bank iaitu Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i dimaklumkan akan meraih pelbagai ganjaran ekseklusif antaranya kadar kompetitif pembiayaan peribadi, rumah dan kenderaan.
Tidak hanya itu, ganjaran lain turut melibatkan rebat dan pengecualian fi kad debit tahunan, pelaburan unit amanah dengan caj jualan serendah 1.0% serta berpeluang meraih hadiah eksklusif tertentu buat kumpulan pengguna baharu. Malah dimaklumkan sebarang pengeluaran wang di ATM MEPS seluruh negara turut diperincikan percuma.
Akan tetapi kelebihan di bawah insiaitif tersebut hanya boleh diraih bagi setiap transaksi kredit minimum RM1,500 setiap bulan sahaja. Kurang daripada kadar tersebut secara langsung menjelaskan kumpulan pengguna tidak layak untuk menikmati ganjaran yang digariskan. Melihat pada kelebihan itu, inisiatif ini secara asas meluaskan lagi faedah kepada kumpulan pekerja di Malaysia khususnya mereka yang bertugas dalam ekonomi informal, industri gig dan pekerja rencam.