Tidak lama lagi, pengguna pengangkutan awam Malaysia akan meraih kemudahan baharu – di mana pengguna boleh menambah-nilai dan perbaharui pas My50 mereka menerusi aplikasi MyRapid PULSE.
Berdasarkan maklumat terkini, Rapid KL sedang mengintegrasikan ciri My50 ke dalam aplikasi Pulse mereka.

Seperti yang umum sedia maklum sebelum ini, pembaharuan My50 hanya boleh dilakukan di kaunter fizikal. Walaupun terdapat pilihan pembaharuan dalam talian, pengguna masih perlu mengesahkan pembelian di kaunter. Adanya akses tersebut ini akan meluaskan pilihan pembayaran pengguna pada penggunaan khidmat pengangkutan awam.
Selain menanti tarikh rasmi akan pelancaran ciri My50 pada aplikasi Pulse. Ciri My50 sebelum ini turut diumumkan akan diintegrasi pada aplikasi TNG eWallet, yang sepatutnya direalisasikan pada Mei lalu. Sama-sama kita nantikan!