Sektor pertanian di Malaysia ketika ini dilihat tidak sekadar berdepan isu kekangan bakat baru tetapi didapati lebih 50% petani di pasaran semasa terdiri daripada kumpulan warga emas iaitu mereka yang berusia 60 tahun ke atas.
Taburan ini mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didasari berasaskan data Bancian Pertanian 2023.
Maklumat ini menurut DOSM turut didorong akan lokasi luar bandar yang rata-ratanya memperlihatkan pemain sektor tersebut tidak memiliki skim persaraan yang sekaligus mewujudkan stigma untuk terus bekerja selagi memiliki kudrat. Maka adalah relevan lebih ramai kumpulan petani negara kalangan warga emas.
Biarpun data mendapati terdapat kekangan pada penyertaan bakat baru namun terdapat potensi untuk meningkatkan penyertaan tersebut menerusi sokongan teknologi yang kian membangun dalam ekonomi semasa.
Sokongan tersebut sekaligus akan membuka ruang khususnya buat belia dalam sektor pertanian.
Maka ke arah meluaskan tarikan kepada bakat muda, DOSM bercadang membangunkan statistik Indeks Pengeluaran Sektor Pertanian Negara sebagai indikator dalam membantu keterjaminan makanan berada pada tahap yang baik.
Melalui statistik itu semua pihak akan lebih memahami kategori pertanian apa yang lebih berkesan melibatkan taburan negeri dan daerah mana yang mengeluarkan hasil yang lebih baik. Usaha tumpuan yang lebih spesifik ini dijangka dapat dijadikan rujukan pihak ekonomi dan sekaligus menarik bakat muda untuk sertainya.