Artikel

AEON Credit Kini Perkenal Kad Kredit Eksklusif – Khas Buat Komuniti Motosikal Di Malaysia

Selaku peneraju pasaran dalam pembiayaan motosikal dengan mewakili sekitar 25% syer bagi pasaran motosikal baharu yang didaftarkan di Malaysia – AEON Credit hari ini secara rasminya melancarkan kad AEON Biker Gold Visa dan AEON Biker Infinite Visa di pasaran semasa.

Untuk pengetahuan ini kad kredit pertama di Malaysia yang direka khas untuk komuniti motosikal, dibangunkan dengan kerjasama Visa.

Pelancaran ini tidak hanya memberi petunjuk kepada hala tuju baharu kumpulan tetapi turut meningkatkan pengalaman pengguna motosikal, memberi ganjaran kepada perbelanjaan harian, dan memperdalamkan penglibatan operasi bersama komuniti motosikal Malaysia serta memperluaskan portfolio kad kredit mereka.

Buat makluman umum, pengenalan kad ini dilihat bertepatan dengan penggunaan motosikal di Malaysia. Berikutan sekitar hampir 83% isi rumah di Malaysia memiliki motosikal. Kadar ini menjelaskan akses itu dapat membantu keperluan komuniti motosikal negara secara berkala pada perkhidmatan semasa.

Susulan itu untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh merujuk laman AEON Credit atau muat turun aplikasi AEON Wallet untuk perincian seterusnya pengenalan kad baharu ini.