Hasil peningkatan eksport berteraskan produk teknologi dan keyakinan pelaburan yang semakin kukuh – kini Malaysia meraih kedudukan ke-23 pada senarai Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) 2025. Kedudukan ini untuk makluman, alami lonjakan 11 anak tangga berbanding tahun lalu.

Selain prestasi ekonomi dan aliran perniagaan negara semakin bertambah baik, kedudukan prestasi kerajaan turut memacu peningkatan kedudukan tersebut menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) negara.
Berdasarkan rekod itu, antara prestasi ekonomi yang membrangsangkan adalah melibatkan segmen antarabangsa – di mana kedudukan itu melonjak kepada tempat ke-6 berbanding tahun lalu di kedudukan ke-17. Perkembangan itu didorong hasil pertumbuhan eksport khidmat dan barangan diikuti peningkatan prestasi pelancongan dan perluasan ekonomi libatkan pelbagai pasaran.
Bersama keterbukaan itu, ia secara langsung menjelaskan komitmen negara tidak sekadar menerajui pasaran serantau bahkan ingin meningkatkan prestasi ekonomi global secara berkala.