Walaupun diakui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memiliki sistem percukaian yang teratur namun pelaksanaannya dilihat akan memberi beban yang lebih tinggi kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan pendapatan rendah dan kumpulan penganggur.
Tuntutan untuk menerap kembali GST ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu disemak sebaik mungkin. Pentadbiran semasa tidak memiliki isu untuk pertimbangkan semula langkah tersebut, namun ia hanya dapat dilakukan setelah paras gaji minimum rakyat negara mencapai gaji pendapatan tinggi sekitar RM4,000 ke atas.
Tegas PM Anwar, pada masa tersebut barulah penduduk Malaysia memiliki kemampuan untuk penuhi sistem percukaian ini. Tetapi buat masa ini perihal tersebut bukan keutamaan negara. Susulan itu penerapan SST wajar dikekalkan untuk menampung kepentingan sebahagian penduduk.