Berkuat kuasa 20 Julai 2025 ini, CIMB Group Holdings kini memaklumkan Datuk Syed Zaid Albar akan dilantik selaku Pengerusi Kumpulan baharu bagi menggantikan pimpinan Tan Sri Mohd Nasir Ahmad.
Selaku individu yang pernah menggalas peranan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum ini, pengalaman Datuk Syed Zaid dilihat berupaya meluaskan jejak CIMB pada pasaran hadapan. Ini merangkumi pengalaman beliau tidak dalam arena kewangan semata bahkan pengetahuan melibatkan perundangan diperhatikan menjadi titik kelebihan buat kumpulan perbankan tersebut.
Menerusi peralihan dan pimpinan itu, CIMB optimis pelan strategik kumpulan di bawah Forward30 berpotensi meluaskan lagi akses perkhidmatan bersama pengguna dan sekaligus merealisasikan matlamat kumpulan menjadi bank pilihan utama – tidak sekadar di pasaran Malaysia tetapi meliputi pasaran ASEAN.