Artikel

Zeekr Lantik Carro Selaku Pengedar Baharu Di Malaysia: Perluas Jualan, Sokongan EV Premium

Bertepatan dengan peningkatan permintaan kenderaan hibrid dan elektrik di pasaran Malaysia. Zeekr, kumpulan kenderaan tenaga baharu premium di pasaran global kini secara rasminya melantik Carro selaku pengedar sah terbaru mereka bagi pasaran di Malaysia.

Kolaborasi rasmi yang dimuktamadkan pada hari ini, secara langsung menjelaskan komitmen kedua pihak dalam meluaskan akses pemilikan kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan. Sejajar dengan permintaan semasa, kerjasama ini turut tidak sekadar meluaskan perolehan unit Zeekr tetapi turut menyediakan sokongan waranti dalaman dan perkhidmatan selepas jualan oleh Carro Care, serta pembiayaan dalaman oleh Genie Financial Services.

Lebih menarik berdasarkan kesepakatan itu, Zeekr juga miliki perancangan untuk membuka 4 bilik pameran Zeekr Space baharu di Juru Autocity, Klang Valley dan Seremban serta 3 bengkel Carro Care baharu yang sah, dengan kerjasama Carro.