Mulai 1 Januari 2026, levi pendidikan untuk tujuan latihan kepada semua institusi pendidikan swasta akan dikecualikan selama setahun bagi membolehkankan fokus meningkatkan kualiti pendidikan dicapai pada pasaran Malaysia.
Pengecualian ini antaranya melibatkan institusi pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, vokasional serta pusat latihan.
Pengumuman yang dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika merasmikan pembukaan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 ini adalah selari dengan keperluan negara untuk meluaskan lagi ruang buat pemain industri menyediakan akses latihan pendidikan tanpa tekanan kos.
Buat pengetahuan umum, tindakan pengecualian ini dianggarkan melibatkan sejumlah RM46 juta. Di mana langkah ini akan memberi manfaat kepada sekitar 1,668 institusi untuk tempoh setahun.
Levi merujuk kepada sejumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa, ia merangkumi cukai pendapatan, modal cukai khas bagi keperluan memenuhi tanggungjawab tertentu. Menerusi pengenaan levi pendidikan swasta ini ia melibatkan pembayaran kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). Bertujuan membiayai program latihan dan pembangunan kemahiran bersama peserta, dengan pengecualian tersebut ini akan meringkan beban kewangan kalangan institusi terlibat dalam membiayai program latihan sedemikian.