Artikel

Luno Kini Tawar 22 Kriptowang Di Malaysia – Mula Menambah Hedera Dan The Graph 

Setelah menambah Algorand dan NEAR – Luno Malaysia kini perluaskan senarai aset digitalnya dengan melancarkan dua koin baharu iaitu Hedera dan The Graph.

Penambahan koin hasil kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan aset digital yang ditawarkan Luno pada pasaran Malaysia kepada 22 – ini menjadikan ia jumlah kriptowang terbanyak yang ditawarkan di negara ini.

Menerusi perluasan itu ini akan membolehkan kumpulan pelabur meneroka eksosistem kripto yang lebih besar serta pelbagaikan portfolio mereka dengan lebih yakin dan selamat.

Secara menyeluruh, Luno memaklumkan lebih 25 aset digital telah dikemukakan cadangan kepada SC dan setakat ini 22 daripadanya telah meraih kelulusan. Sementara untuk separuh pertama 2025, Luno memperlihatkan prestasi yang baik apabila 4 aset digital baharu telah dilancarkan dengan perluaskan ciri staking melibatkan Polkadot, NEAR dan Cosmos.