Artikel

Setelah Malaysia, Vietnam Kini Jadi Rakan Kongsi BRICS Ke-10 

Vietnam kini secara rasminya dimaklumkan menjadi rakan konsi negara BRICS. Pengumuman ini sekaligus menjadikan ia rakan negara BRICS ke-10 selepas Malaysia, Belarus, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Nigeria, Thailand, Uganda dan Uzbekistan.

Untuk makluman umum, BRICS adalah blok ekonomi yang diawalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – yang bertindak memastikan kestabilan ekonomi dan kuasa politik sesebuah negara terus diperlihara tanpa dicabar akan krisis, sentimen melibatkan negara maju di Amerika Utara dan Eropah Barat.

Perluasan keanggotaan ini tidak hanya untuk perkukuhkan kedudukan mahupun prestasi ekonomi tetapi turut ingin menamatkan domonasi mata wang dunia yang terus diterajui dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran dunia.

Menerusi penyertaan ini, ia sekaligus membolehkan Vietnam meraih akses penyertaan sidang kemuncak BRICS bersama persidangan yang lain melibatkan ahli tetapi.