Sehingga awal Jun ini, Thailand merekodkan lebih 15 juta pelancong antarabangsa memasuki negara tersebut pada tahun ini – apa yang menarik adalah Malaysia menjadi jumlah pelancong tertinggi ke Thailand, sekaligus mengatasi China.
Data itu menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand mencatatkan kemasukan pelancong Malaysia seramai 2.04 juta setakat 8 Jun lalu, diikuti China dengan 2.02 juta pelancong, India dengan 1.03 juta pelancong, Rusia dengan 981,011 pelancong dan Korea Selatan pula seramai 702,267 pelancong.
Kemasukan ini secara menyeluruh menyumbang sekitar 699.3 bilion baht bersamaan lebih RM90 bilion kepada ekonomi Thailand.
Biarpun jumlah kemasukan pelancong antarabangsa ini memaparkan penurunan 3% secara tahunan namun kerancakan kemasukan ini dilihat telah didorong hasil sokongan digital antaranya kesan pengenalan Kad Ketibaan Digital (RDAC) yang berkuat kuasa pada Mei lalu diikuti insiatif promosi kemasukan pelancong pada tahun ini.