Kumpulan Perbankan RHB melalui anak syarikatnya, RHB Islamic, kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan inisiatif RHB MyTVETKPM yang memperkenalkan kad pintar pelbagai guna untuk pelajar di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Buat pengetahuan umum, kad pintar ini tidak sekadar berfungsi sebagai kad debit RHB tetapi turut dijadikan sebagai kad identiti matrikulasi pelajar.
Dengan akses ini dimaklumakan seramai 74,000 pelajar daripada 86 kolej vokasional dan 9 sekolah menengah teknik di seluruh negara akan mendapat manfaat inisiatif tersebut.
Secara menyeluruh, MyTVETKPM merupakan kesinambungan kepada penyelesaian inovatif yang direka khusus untuk pelajar TVET. Dengan pembukaan Akaun Simpanan-i RHB Pro, pelajar akan menikmati pengalaman ‘satu kad untuk semua’ dan membolehkan mereka mengurus dana, membuat pembayaran tanpa tunai, serta menikmati promosi dan diskaun eksklusif.