Zurich Takaful Malaysia (Zurich) hari ini secara rasminya memperkenalkan Takaful ProAspire, iaitu pelan Takaful keluarga yang direka untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam membina masa depan. Lebih menarik pelan ini turut membantu pengguna meningkatkan simpanan pendidikan dan simpanan ibadah mereka.
Jelas Zurich Takaful, menerusi penyertaan pelan ini selain melindungi pengguna dari isu kemalangan – kumpulan pengguna turut akan meraih pulangan tunai hasil caruman tersebut dan pulangan tunai ini diberi pilihan untuk didepositkan keakaun bank pengguna, institut terpiilih, atau dilaburkan semula bersama Zurich untuk potensi pulangan.
Namun Zurich Takaful menjelaskan perolehan pulangan tunai ini diberi dua pilihan iaitu menerima pembayaran tunai berterusan sehingga 3.5% setahun atau sehingga 12% bagi setiap tiga tahun daripada Jumlah Perlindungan Asas.
Usaha ini sekaligus meningkatkan lagi kuasa simpanan pengguna di pasaran semasa. Maka untuk ketahui lanjut akan perincian pelan Takaful ProAspire ini semua pihak boleh merujuk pada laman Zurich Takaful untuk tindakan lanjut.