Setelah memberi gambaran untuk menamatkan status PN17 – Capital A kini memaklumkan kumpulan syarikat itu di fasa akhir untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Buat pengetahuan umum, PN17 adalah kategori yang ditetapkan Bursa Malaysia bagi entiti memiliki masalah kewangan. Status ini telah digalas Capital A sejak Januari 2022.
Berbalik kepada penamatan status PN17 itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes optimis penyelesaian akhiri status PN17 ini dapat diselesaikan selewatnya akhir Julai 2025 ini. Menurutnya permasr 20% isu yang berbangkit masih dalam usaha dilunaskan oleh kumpulan syarikat.
Antara tindakan strategik yang telah dilaksanakan Capital A untuk menamatkan status ini adalah cadangan memuktamadkan pelupusan 100% kepentingan AirAsia Aviation Group dan AirAsia Bhd kepada AirAsia X.
Sementara baki isu yang perlu diselesaikan adalah meraih persetujuan Bursa Saham Thailand (SET) untuk cadangan pelupusan terlibat, meraih persetujuan pelan sokongan bersama rakan organisasi, perlu mendapatkan 5 surat persetujuan kreditor dan meraih suntikan ekuiti RM1 bilion.
Selain tumpuan menyelesaikan isu ini, Capital A turut mengesahkan antara tumpuan lain yang menjadi keutamaan mereka adalah menyenaraikan segmen ABC International di pasaran Nasdaq AS kelak.