Untuk menambahbaik faktor keselamatan jalan raya di Malaysia, kini sebuah dasar baharu sedang dirangka oleh pentadbiran negara antaranya dengan mewajibkan pemasangan alat penghad kelajuan ke atas kenderaan berat.
Perihal ini menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang diteliti pihak berkuasa secara menyeluruh dan bersama usaha itu ia sekaligus akan meningkatkan perlindungan ke atas pengguna khususnya daripada ancaman pemandu yang tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak mematuhi piawaian keselamatan yang digariskan.
Berlandaskan langkah itu, usaha ini dilihat selari dengan komitmen MOT yang sebelum ini memaklumkan mulai 1 Januari 2026 kelak semua bas bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) diwajibkan untuk memasang peranti penghad kelajuan menerusi Prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).
Matlamat ini bagi memastikan tahap pematuhan pemanduan dicapai dan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan kemaskini daripada MOT kelak!