OCBC Bank (Malaysia) kini telah melancarkan kad debit bertemakan Disney yang pertama di Malaysia bersama paparan watak Stitch! Langkah kolaborasi strategik selama 5 tahun bersama Disney ini sekaligus untuk meningkatkan tarikan dan pengalaman bersama pengguna di Malaysia.
Menurut OCBC, pengenalan kad bertema watak Stitch ini menandakan permulaan kolaborasi OCBC dengan Disney di Malaysia, di mana OCBC Bank berjanji untuk membawa lebih banyak pengalaman berasaskan keluarga dan peminat kepada pelanggan bank dalam beberapa bulan mendatang. Selain di Malaysia pengenalan kad debit tema khas ini turut dilancarkan di dua pasaran lain iaitu Singapura dan Indonesia.
Dengan pelancaran ini, OCBC menjangkakan peningkatan 100,000 pelanggan akaun semasa dan simpanan baharu dapat dicapai hasil kolabirasi ini bagi tempoh 2 tahun. Buat pengetahuan umum, kad debit ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai atau membuka Akaun OCBC 360. Maka untuk ketahui perincian lanjut, semua pihak boleh merujuk pada laman rasmi OCBC dan ikuti segala kemas-kini di medium media sosial perbankan.