Berkuat kuasa 1 Julai ini, pentadbiran negara melaksanakan semula pelarasan kadar Cukai Jualan dan perluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar selari dengan matlamat yang digariskan pada Belanjawan 2025 – Oktober lalu.
Menurut notis rasmi Kementerian Kewangan (MOF), tindakan ini untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam meluaskan asas percukaian semasa tanpa membebankan kos rakyat.
Selain mengurangkan tekanan kos asas usaha ini turut bertujuan melandaikan dan meminimumkan kesan kos ke atas kumpulan peniaga kecil (PMKS).
Berdasarkan notis itu, ini perincian yang diketengahkan oleh MOF:
- Kadar cukai jualan kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat
- kadar cukai jualan sebanyak 5% dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas sahaja – iaitu seperti king crab, salmon, kod, cendawan, truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri. Sementara cukai jualan 10% pula dikenakan ke atas barangan premium seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik.
- Skop meluaskan cukai perkhidmatan pula adalah melibatkan sewaan atau pajakan – melibatkan syarikat capai nilai pendapatan RM500,00 (8%), pembinaan – libat syarikat nilai pendapatan RM1.5 juta (6%), kewangan – berasaskan fi atau komisyen (8%), jagaan kesihatan swasta – libatkan syarikat nilai pendapatan RM1.5 juta (8%), pendidikan swasta – libatkan pendapatan lebihi RM60,000 setahun (6%) dan kecantikan – libat syarikat nilai berpkhidmatan bercukai RM500,000 setahun (6%). Perluasan ini disertakan dengan mengecualikan arena terpilih bagi mengelakkan cukai berganda
Berdasarkan langkah itu, difahamkan bagi syarikat yang mematuhi syarat perundangan SST baharu ini kelak dimaklumkan tiada tindakan pendakwaan dan penalti dikenakan sehingga 31 Disember 2025.