AmBank memaklumkan bermula 1 Julai 2025 ini, pihaknya akan menghentikan peruntukan 8 kali sebulan kepada 3 kali sebulan sahaja pengeluaran MEPS percuma bagi sebahagian akaun perbankan.
Jelas Ambank, antara produk akaun yang terlibat adalah Akaun Simpanan-i AMWafeeq, akaun Penyimpan/-i TRUE, Akaun Transaksi/-i TRUE, Akaun Semasa AmPartner dan Akaun Semasa/-i AmStar.
Berdasarkan notis itu, pihak perbankan tidak menjelaskan perincian lanjut akan pelaksanaan tindakan tersebut. Maka untuk pengguna terlibat yang ingin meraih penerangan berikut disarankan merujuk cawangan AmBank berdekatan atau hubungi talian perkhidmatan 03-2178 8888.