Artikel

Aplikasi Rize Dijenamakan Semula Sebagai MY AlRajhi

Untuk memastikan pengurusan kewangan pengguna dapat diraih dalam satu medium, Al Rajhi Malaysia kini memaklumkan pengenalan aplikasi MY AlRajhi bagi menggantikan aplikasi Rize dan medium perbankan internet alrajhi@24seven di pasaran Malaysia.

Penjenamaan semula ini secara jelas bertujuan mengintegrasikan fungsi kedua aplikasi dalam satu platform yang sekaligus memudahkan pengurusan kewangan patuh syariah dapat dicapai oleh seluruh pengguna negara.

Berdasarkan pengenalan itu, pengguna aplikasi Rize dimaklumkan hanya perlu log masuk aplikasi MY AlRajhi dengan nama pengguna dan kata laluan Rize sedia ada. Menerusi kemasukan itu, segala dana simpanan yang terdapat pada Rize-i akan dimasukkan pada Akaun Simpanan DuitPlus-i yang tersedia dalam aplikasi MY AlRajhi. Menerusi peralihan itu, pengguna akan meraih kadar keuntungan 3.3% setahun tertakluk pada syarat di masa hadapan.

Dengan notis tersebut, pengguna aplikasi Rize tidak perlu khuatir akan perubahan ini susulan ia tidak menjejaskan sebarang aliran tunai simpanan yang telahpun dilaksanakan sebelum ini.

Pada pengenalan itu, ia secara langsung membantu Al Rajhi mentakrifkan semula kedudukan mereka pada arena perbankan digital di Malaysia. Maka untuk tidak ketinggalan, semua pihak boleh memuat-turun aplikasi MY AlRajhi di App Store, Google Play dan dijangka tersedia di Huawei AppGallery kelak.