Kesan pengenaan harga purata daging lembu di Sarawak diliihat lebih tinggi berbanding kebiasaan dengan mencapai RM64 sekilogram – pentadbiran Sarawak kini merancang untuk mengurangkan kebergantungan bekalan daging import untuk mengimbangi tekanan kos tersebut.
Sarawak memaklumkan dalam usaha merangka pendekatan model pertanian baharu bagi mengurangkan perolehan daging import dan makanan ternakan khususnya dari Australia.
Berdasarkan rekod semasa, cukai eksport yang dikenakan Australia diperhatikan lebih tinggi dan pembayaran dilaksanakan dalam dolar Australia – ia mendorong kos yang lebih besar.
Berbalik kepada model pertanian baharu yang ingin diketengahkan adalah melaksanakan sistem penternakan feedlot tanpa perlu bergantung kepada kaedah tradisional. Di mana sistem ini akan membolehkan lembu diternak menerusi makanan tempatan daripada sisa pertanian yang dicampur dengan rumput napier dan sisa kelapa sawit.
Menerusi kaedah ini, penternakan akan menghasilkan makanan seimbang yang lebih baik buat lembu di pasaran tempatan. Dengan hasil tersebut ia tidak sekadar membawa kepada nilai pasaran lebih tinggi bahkan dapat membantu Sarawak dan Malaysia mengurangkan kos penternakan dalam membantu kawalan harga daging ke atas pengguna tempatan.