Susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyekat status visa pelajar antarabangsa di Universiti Harvard sejak 22 Mei lalu – yang menuntut pelajar antarabangsa untuk berpindah ke institut pengajian lain. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini memaklumkan langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar Malaysia.
Ini bermakna pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian tanpa gangguan.
Menerusi pemantauan bersama Pejabat Pendidikan Washington – Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan Perintah Tahanan Sementara (TRO) yang difailkan oleh Universiti Harvard ini untuk memberikan kelegaan kepada lebih 6,800 pelajar antarabangsa di universiti berkenaan.
Keputusan ini sekaligus memberi jaminan kepada 54 pelajar Malaysia di Universiti Harvard, terdiri daripada 16 pelajar tajaan dan 38 pelajar pembiayaan sendiri.
Dengan makluman itu, membolehkan pelajar antarabangsa termasuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan kepada status visa buat masa ini.