Artikel

Syarikat Induk Ray-Ban Capai Persetujuan Beli Rangkaian A-Look, Seen Dan OWL Di Malaysia

Dalam usaha mengukuhkan kedudukan pada pasaran optik tempatan – EssilorLuxottica, syarikat induk disebalik jenama Ray-Ban dan Oakley kini memaklumkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli rangkaian kedai optik A-Look, Seen, dan OWL di Malaysia dengan jumlah transaksi yang tidak didedahkan.

Menerusi peralihan itu, dijangka ia akan memberikan EssilorLuxottica kawalan ke atas lebih 90 kedai di bawah ketiga jenama tersebut di seluruh Malaysia. Dan langkah ini sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka pada pasaran tempatan. 

Berdasarkan proses perjanjian, sekiranya kesepakatan ini mencapai kriteria menyeluruh dijangka pemilikan penuh peralihan berpotensi dimuktamadkan menjelang akhir Jun 2025 ini.

Buat pengetahuan selain, Ray-Ban dan Oakley – EssilorLuxottica juga merupakan syarikat induk disebalik jenama antarabangsa bingkai dan kaca mata seperti Persol, Oliver Peoples, Vogue Eyewear, Arnette, Alain Mikli, Costa dan Bolon.