Artikel

Petronas Akan Berhentikan 10% Pekerja – Menjelang Akhir Tahun Ini

Bagi mengimbangi semula prestasi operasi kesan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia – Petronas kelak akan mengambil langkah memberhentikan 10% tenaga kerjanya. Berdasarkan notis itu, dijangka lebih 5,000 pekerja akan terkesan dan makluman tersebut akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketika ini minyak penanda aras global didagang sekitar $65 di mana menurun 13% pada tahun ini. Situasi ini kesan ketegangan perdagangan yang menjejaskan pertumbuhan global serta insiatif OPEC+ dalam memulihkan pengeluaran.

Menerusi pengecilan tenaga kecil ini, ia bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan operasi dalam menambahbaik semula pengurusan kumpulan.

Dengan tindakan tersebut margin kumpulan akan terus menyusut maka Petronas perlu melaras semula nilai tambah organisasi bagi menjana keuntungan secara komersial dan berdaya saing – tidak sekadar di dalam negara bahkan luar negara.

Secara menyeluruh, tahun lalu perlihatkan Petronas meraih untung bersih sebanyak RM55.1 bilion di mana menurun 31.7% berbanding RM80.7 bilion pada 2023.