Bank Muamalat kini perkenalkan ATLAS, iaitu aplikasi bank digital Islam terbaharu kepada pengguna di pasaran Malaysia.
Bersama sokongan penyedia teknologi perbankan global, Backbase – Bank Muamalat melihat pengenalan bank digital ini berupaya meningkatkan lagi pengalaman kewangan bersama pengguna negara.
Mengikut tinjauan Rnggt pada laman rasmi dan aplikasi perbankan digital ini terdapat beberapa penawaran kelak akan disediakan ATLAS untuk kemudahan pengguna – selain akses akaun simpanan, ATLAS akan menyediakan kemudahan pulangan simpanan sekitar 5% pa. diikuti akses kad debit serta kad kredit. Tidak hanya itu ciri simpanan automatik turut akan tersedia bagi memudahkan aliran simpanan dicapai oleh pengguna bersama ciri data menyeluruh menjejaki aliran perbelanjaan pengguna.
Bagi ciri gaya hidup pula, aplikasi bank digital ini turut menerapkan kemudahan buat pengguna beragama Islam antara ciri kira zikir dan akses azan, bacaan al-quran, arah kiblat serta himpunan doa. Menerusi penerapan tersebut, ini pasti menjadi tarikan buat pengguna beragama Islam dalam memudahkan urusan ibadah mereka.
Dengan akses sedemikian ia secara langsung akan memberi pilihan kepada pengguna, untuk mengurus perbelanjaan dan keperluan gaya hidup mereka bersama bank digital baharu selain bank digital Islam yang lain. Sebagaimana piawaian bank digital di Malaysia – ATLAS memiliki lesen di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (AKPI). Maka segala aktiviti perbankan ini adalah mematuhi piawaian patuh syariah.
Untuk ketahui lanjut akan ciri aplikasi bank digital islamik ini, semua pihak boleh layari ATLAS by Bank Muamalat bagi perincian seterusnya.