Susulan masih ramai kumpulan peniaga yang keliru akan peraturan penggunaan silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi. Maka sidang Kabinet terbaru kini bersetuju untuk meminda dan mengkaji semula peraturan tersebut.
Perkongsian makluman ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengfokuskan kepada keperluan lebih terperinci ke atas peniaga kecil makanan dan minuman. Menerusi semakan ini, ia juga bertujuan memberi penjelasan yang lebih baik buat kumpulan peniaga berhubung penggunaan LPG bersubsidi.
Buat pengetahuan umum, ketika ini di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 tiada ada sebarang pemansuhan yang melarang kumpulan peniaga menggunakan subsidi LPG. Namun pindaan ini telah memperuntukan bahawa mana-mana peniaga yang menggunakan lebih 42kg dalam satu masa maka kumpulan ini perlu memohon Permit Barang Kawalan Berjadual.
Ini bermaksud mana-mana pihak yang menggunakan lebih daripada 42 kg (melebihi 3 tong bersaiz 14 kg) perlu memohon permit dan tidak boleh menggunakan silinder LPG bersubsidi. Akan tetapi masih ramai pihak keliru akan penguatkuasaan tersebut dan perihal ini akan diteliti kembali oleh Kabinet negara.