Artikel

Huat Lai Bangunkan Fasiliti Pengeluaran Telur Bebas Sangkar Terbesar Di Malaysia – Sasar Siap Akhir 2025

Menjelang suku akhir tahun ini, Malaysia dijangka akan memiliki fasiliti pengeluaran telur bebas sangkar terbesar di negara yang berpangkalan di Melaka, di bawah pengendalian Huat Lai Resources.

Pembangunan itu menurut laporan TheEdge akan melibatkan penambahan kapasiti kemudahan bebas sangkar sebanyak empat kali ganda. Di mana pihaknya akan menempatkan 200,000 ayam penelur dalam kandang berskala besar dengan berbilang tingkat.

Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat dua jenis penternakan yang diamalkan iaitu secar bersangkar dan bebas sangkar. Melalui pendekatan bebas sangkar, perihal ini akan membantu ekosistem penternakan ayam tersebut di mana boleh bergerak bebas melibatkan kawasan tempat makan, bertelur, berehat, mandi pasir dan dapat lalui perkembangan secara semula jadi.

Perluasan akses ini juga adalah selaras dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah yang mendapati kadar pencemaran oleh sel bakteria Salmonella utama adalah lebih rendah menerusi pendekatan penternakan tersebut.

Adanya penambahan fasiliti ini ia sekaligus akan meluaskan permintaanya pada pasaran Malaysia. Setakat ini antara rangkaian peruncitan tempatan yang membekalkan telur bebas sangkar kepada pengguna adalah Mydin, Jaya Grocer, AEON, Sunway Hotel & Resorts, Hatten Hotels sementara rangkaian restoran pula adalah seperti Old Town White Coffee.