Sebagai tindak balas menangani tekanan kos sara hidup yang didepani kumpulan pekerja – Sime Darby Property kini memaklumkan telah menaikkan gaji minimum bagi pekerja kumpulan pendapatan B40 sebanyak 80% kepada RM2,700 sebulan, berbanding RM1,500 sebulan sebelum ini.
Pelarasan naik itu sekaligus menyokong aliran kewangan pekerja yang berpendapatan rendah.
Tidak sekadar meningkatkan imbuhan tersebut, operasi turut menyediakan akses kemahiran bersama pekerja antaranya pengenalan program baharu seperti kecerdasan buatan (AI) , pembangunan lestari dan biadiversiti bandar.
Menerusi usaha ini ia sekaligus meningkatkan lagi tahap kemahiran tenaga kerja Sime Darby Property selari dengan perkembangan industri dalam skop tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG).
Secara menyeluruh, Sime Darby Property pada tahun 2024 memaparkan prestasi yang kukuh apabila merekodkan untung bersih sejumlah RM502.2 juta. Di mana rekod ini perlihatkan peningkatan sebanyak 23.1% berbanding RM407.91 juta tahun sebelumnya. Mnerusi prestasi itu, hasil operasi turut meningkat 24% secara tahunan kepada RM4.3 bilion. Prestasi ini untuk maklumkan merupakan pencapaian tahun ketiga yang memaparkan rekod pendapatan tertinggi.