Setelah memenuhi kriteria yang diperlukan pada ekonomi zon Euro – Suruhanjaya Eropah dan Bank Pusat Eropah (ECB) kini secara rasminya telah memberi kelulusan kepada Bulgaria untuk menggunapakai mata wang Euro mulai tahun 2026.
Keputusan ini sekaligus menjadikan Bulgaria selaku negara ke-21 yang menyertai zon mata wang Eropah. Buat pengetahuan umum mata wang tunggal Eropah ini kini telah digunapakai oleh sekitar 347 juta rakyat Eropah di 20 buah negara.
Menerusi kelulusan tersebut ia secara langsung akan memberi kelebihan kepada Bulgaria dalam menambahbaik kestabilan ekonomi negara mereka di pasaran yang lebih besar dan menarik pelbagai pelaburan asing.
Biarpun begitu peralihan ini ternyata telah mencetuskan kebimbangan kepada sebilangan penduduk awam akan berlakunya kenaikan harga serta kehilangan kedaulatan monetari. Mengambilkira perhatian awam ini, Bulgaria dijangka akan mengesahkan keputusan akhir mereka akan kemasukan ke zon Euro bselepas rundingan Parlimen Eropah dan Majlis Eropah pada Julai 2025 ini.
Selain Bulgaria, ini 20 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang telah menggunakan Euro selaku mata wang rasmi mereka:
- Austria
- Belgium
- Croatia
- Cyprus
- Estonia
- Finland
- Perancis
- Jerman
- Greece
- Ireland
- Itali
- Latvia
- Lithuania
- Luxembourg
- Malta
- Belanda
- Portugal
- Slovakia
- Slovenia
- Sepanyol