Artikel

Aplikasi GO by Bank Islam Akan Ditamatkan 6 Bulan Lebih Awal – Berkuat Kuasa 28 Jun Ini

Jika sebelum ini Bank Islam memaklumkan aplikasi GO by Bank Islam akan tamat sepenuhnya pada November kelak, kini tidak lagi susulan tarikh penamatan dipercepatkan kepada 28 Jun ini. 

Penamatan itu menurut Bank Islam berikutan lebih 90% pengguna sedia adanya telah berhijrah ke platform perbankan digital baharu iaitu aplikasi BIMB Mobile. Maka dengan penamatan platform 6 bulan lebih awal diharap ini akan mengukuhkan komitmen Bank Islam untuk memberi tumpuan kepada BIMB Mobile dalam meningkatkan pengalaman perbankan para pengguna.

Selain penamatan aplikasi GO by Bank Islam, perbankan turut memaklumkan platform perbankan internet www.bankislam.biz turut akan ditamatkan pada 28 Jun ini. Dengan makluman ini diharap semua pengguna peka akan penamatan platform dan laksana peralihan perkhidmatan sepenuh pada medium baharu.