Malaysia tidak lama lagi akan membangunkan Kota Madani, yang dijangka akan menerapkan konsep infrastruktur digital bersama sistem pengangkutan lestari di Putrajaya.
Pembangunan kota baharu dimaklumkan akan melibatkan keluasan 102 ekar dengan menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman dengan lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi.
Difahamkan rekabentuknya akan mengintegrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan menyediakan prasarana digital buat kemudahan pengguna. Dengan konsep tersebut ia dilihat akan menjadi asas kepada sebuah bandar rendah karbon yang mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan awam.
Pelaksanaan kota ini turut dijelaskan adalah selaras dengan visi Bandar Chase yang ingin direalisasikan negara. Iaitu membawa perubahan kepada ketiga Wilayah Persekutuan menjadi bandar bersih (Clean), bandar sihat (Healty City), bandar maju, (Advanced City), bandar selamat (Safe City) dan bandar mesra-alam (Eco Friendly City).
Berdasarkan pembentangan awal yang dilaksanakan minggu ini, dijangka sesi pecah tanah pembangunan Kota Madani ini akan dijalankan pada 26 Jun hadapan.