Artikel

Laporan Penuh Cadang Kawal Selia AI Di Malaysia Akan Dimuktamadkan – Jangka Siap Akhir Jun Ini

Tidak lama lama lagi, menjelang penghujung Jun 2025 – pentadbiran negara menjangkakan laporan penuh berkenaan cadangan mengawal selia dan mengubal undang-undang khas kecerdasan buatan (AI) dapat dipaparkan bersama semua pihak.

Laporan ini menurut Menteri Digital Gobind Singh, sedang dimuktamadkan oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).

Ia diperincikan akan menjadi bahan asas kepada tindakan lanjut hala tuju negara dalam merealisasikan pendekatan kawal selia berhubung perundangan penggunaan AI di pasaran negara. Ini termasuklah perincian berhubung peraturan dan penetapan piawaian kawal selia.

Pendekatan kawal selia ini menurut Kementerian Digital pada sidang Pembangunan Profesional Keselamatan Siber hari ini akan mengambilkira pelbagai faktor. Tidak sekadar perundangan tetapi faktor utama dalam setiap sektor yang terlibat dengan penggunaan AI.