Artikel

India Kini Turunkan Cukai Import Minyak Sawit, Soya Dan Bunga Matahari Mentah

Selaku negara pengimport minyak sayuran terbesar di dunia, India kini mengurangkan cukai import asas ke atas minyak boleh dimakan mentah di pasaran global. Ini meliputi minyak sawit mentah, kacang soya mentah dan bunga matahari mentah.

Menerusi pengurangan cukai ini, ia sekaligus membawa kepada jumlah duti import ke atas 3 jenis minyak tersebut turun kepada 16.5% berbanding kadar terdahulu sekitar 27.5%. Tidak sekadar itu, dengan penurunan ini ia turut membawa kepada pelarasan harga domestik yang lebih rendah di pasaran semasa.

Untuk makluman umum, ketika ini India bergantung kepada import untuk penuhi lebih 70% keperluan minyak sayuran di pasarannya. Selain Malaysia, perolehan minyak sawit itu turut melibatkan dari negara Indonesia dan Thailand. Diikuti perolehan minyak soya mentah dan bunga matahari pula melibatkan bekalan dari Argentina , Brazil, Rusia dan Ukraine.