Syarikat media global Walt Disney kini dimaklumkan telah mula laksana pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Melibatkan ratusan pekerja di bawah sektor filem, televisyen dan kewangan korporat pada minggu ini.
Berdasarkan laporan Reuters, pembuangan ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi tanpa menjejaskan produktiviti kumpulan sepenuhnya. Namun langkah ini diakui akan memberi kesan kecik kepada pasukan pemasaran, publisiti, pembangunan kandungan serta operasi korporat.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah pertama kali langkah pemberhentian dilaksanakan Disney sebelum ini lebih 8,000 jawatan telah diberhentikan bagi melaras semula struktur operasi pada Mac lalu.