Bulan ini menjadi bulan yang sangat bermakna buat AEON Bank, iaitu bank digital patut syariah pertama di Malaysia berikutan tarikh 26 Mei lalu menjadi tarikh simbolik kepada sambutan ulang tahun pertamanya beroperasi di Malaysia!
Pada tempoh ini AEON menzahirkan pelbagai pencapaian telah diraih mereka di samping menerima pengiktirafan selaku antara bank digital utama pilihan rakyat negara.
Selari dengan prestasi itu, AEON Bank kini menawarkan tawaran menarik bersempena ulang tahun pertama mereka. Antaranya adalah para pengguna berpeluang menebus tawaran istimewa melalui Anniversary Neko Missions dan memenangi hadiah hebat peraduan Positively Pink. Tidak hanya itu, 7 pemenang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi peraduan AEON Bank One-derful Giveaway.
Di mana pengguna hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk pembelian barangan runcit bernilai minimum RM50 di mana-mana pasar raya, ikuti akaun Instagram @aeonbankmy dan hantarkan maklumat lengkap serta tangkap layar resit pembelian melalui DM, tertakluk terma dan syarat.
Lebih bermakna lagi bersempena detik berharga ini, AEON Bank turut memperkenalkan Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun sempena Grocery Rewards Campaign yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Disember 2025.
Menerusi kempen ini menawarkan pulangan tunai minimum 4%, tanpa perbelanjaan minimum bagi pembelian barangan runcit di mana-mana pasar raya di seluruh negara. Selain ganjaran itu, pengguna kad debit semasa AEON Bank turut dimaklumkan menerima pengecualian pengeluaran wang tunai di mana-mana ATM Meps sehingga 31 Disember ini. Menerusi makluman tersebut, ini akan meningkatkan lagi kuasa belanja pengguna AEON Bank disamping meraih pelbagai tawaran menarik!