Bagi meningkatkan pengalaman dan khidmat pembayaran di Malaysia, kini CIMB Bank melaksana kerjasama dengan UnionPay di bawah kesepakatan memorandum persefahaman (MoU) pada minggu ini.
Menerusi langkah strategik itu, CIMB melihat ia berupaya menambahbaik infrastruktur pembayaran khususnya melibatkan sektor runcit, pengangkutan penjagaan kesihatan dan e-dagang.
Adanya kebersamaan ini, ia akan memajukan penyelesaian pembayaran bersama kepakaran dua pihak kepada pertumbuhan transaksi bersama pengguna. Kesepakatan ini juga secara langsung meluaskan lagi liputan penyelesaian antara ASEAN-China dengan penyedia global yang sekaligus membawa kepada perkembangan akses keselamatan yang lebih baik bersama akses rentas sempadan.
Secara menyeluruh, UnionPay telah beroperasi di Malaysia selama lebih 20 tahun. Kerjasama dengan CIMB ini melambangkan langkah penting dalam memajukan rangkaian pembayaran UnionPay di Malaysia melalui infrastruktur kewangan yang inklusif, selamat, dan saling berhubung.
Usaha ini akan membantu negara memacu matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penting pada inovasi pembayaran serantau.